Sunday, April 3, 2011

Mesyuarat Pembinaan Modul Peningkatan Profesionalisme GC 2011

Pada 30 mac - 1 April yang lepas saya telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat yang tersebut diatas di Permaisuri Resort Port Dickson . Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah beberapa orang pegawai dari JNJK, BPG, IPG dan Wakil MGCM. Mesyuarat membincangkan kandungan modul yang sesuai bagi Guru Cemerlang.Seramai 1200 orang GC akan menghadiri Kursus ini dari bulan Mei - Sept 2011 ditempat-tempat yang berlainan. (KEM BTN) Seluruh Malaysia.Antara slot yang akan diberi ialah Modul dari BTN , SKPM (JNJK) SGM (BPG) Mengenal Potensi Diri (IAB). Bagi SLOT MGCM GC akan mendapat input Amalan Terbaik P&P dan Kreaviti dalam P&P . Di sini saya mengambil peluang meminta pendapat semua rakan GC samaada baru atau lama untuk menyatakan apakah input yang sebenar-benarnya diperlukan oleh GC supaya GC dapat berperanan sebagai GC yang berkesan kepada sekolah tempat GC berkerja. Jika ada cadangan sila beri komen disini.
Insyallah saya akan kemukakan di mesyuarat akan datang. Semuga Kursus ini benar-benar memberi input yang berguna kepada semua GC yang terpilih. Sekian

2 comments:

Cikgu Roshilah said...

Salam

Bagaimana saya boleh menjadi peserta kursus Peningkatan Profesionalisme GC 2011 ini?

Roshilah Anita Kassim
Sabak Bernam, Selangor

GC PSK- Cikgu Puvanes said...

Salam 1 Malaysia,

Cadangan :
1. Teknik membina soalan ujian/ peperiksaan berdasarkan tahap murid dan kelas mengikut subjek masing-masing selain melalui JSU.
2. Kepelbagaian Set Induksi yang efektif
3. P&P Cemerlang bagi kelas tahap rendah.

È

blogger templates | Make Money Online