Friday, June 6, 2008

PENGALAMAN PERTAMA MENYUSURI SUNGAI MELAKA

Pada 30 Mei yang lepas kira-kira jam 5.00 Petang , AJK Persidangan Kebangsaan Curu Cemerlang 2008 dan beberapa orang pegawai dari Jemaah Nazir Sekolah telah berpeluang menyusuri Sungai Melaka. Walaupun Pesta Sungai Melaka hanya bermula pada 31 Mei hingga 8 jun tetapi atas kesempatan yang ada kami telah berpeluang menyusuri sungai melaka. Ini adalah pengalaman pertama kami.

Thursday, June 5, 2008

MAJLIS PERPISAHAN PN NABIHAH

Pada 30 Mei Jam 8.00 Malam AJK Persidangan Guru Cemerlang 2008 telah mengadakan jamuan perpisahan dengan Pn Nabibah Binti Mohd Salleh PP Cawangan Pengurusan Guru Cemerlang .Mulai 1 jun Pn Nabihah akan bertugas di Bahagian Kompentensi Kementerian Pelajaran . Semua guru cemerlang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas sumbangan yang tak ternilai . Tempat Beliau akan diggantikan oleh En Wan Huzaini Bin Wan Hussain email En Wan Huzaini : wanzaini@yahoo.com.
PN NABIHAH ,
JASAMU AKAN SENTIASA DIKENANG .
KENANG KAMI DALAM DOAMU.

Serangkap Pantun Kami Sampaikan

Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai Kami Antara Nampak
Besok Jangan Rindu-rinduan.

Kepada Tn Hj Rashid Bakar,YDP MGC Melaka ,Ucapan Setinggi-tinggi terimakasih atas jamuan Ikan Bakar di Anjung Batu Melaka.

Mesyuarat Pentadbiran dan Pemanduan Guru Cemerlang Bil 3/2008

GAMBAR DISEKITAR LAWATAN KE HOTEL TEMPAT PERSIDANGAN DAN PANORAMA MELAKA (BAS DUA TINGGKAT) SERTA MENYUSURI SUNGAI MELAKA

È

blogger templates | Make Money Online