Saturday, November 14, 2009

Mesyuarat AJK MGCM 2009

Mesyuarat telah diadakan pada 13/11/2009 Jam 2.00 Ptg. di Hotel Seri Pacific Jalan Putera Kuala Lumpur. Sebelum mesyuarat tersebut telah diadakan mesyuarat AJK Induk Persidangan Kebangsaan dari 11/11/2009 - 13/11/2009 .Rumusan dari mesyuarat tersebut adalah
1. Sebanyak 2600 Dairi MGCM 2010 akan dicetak dan dijual kepada ahli dengan harga
RM 30.00 Guru Cemerlang yang berminat untuk memperolehi dairi MGCM 2010 hendaklah
membuat tempahan melalui YDP Negeri masing-masing.
2. Penjualan Buku Stretegi Pengajaran Guru Cemerlang ditulis oleh 30 orang guru
cemerlang dijual dengan harga RM 32.00, Manakala Antologi Cerpen Selagi Masih
Muda yang ditulis oleh 26 orang Guru cemerlang dijual dengan harga RM 28.00.
Kedua-dua buku dicetaklah oleh Utusan Publication dan akan dilancarkan pada
majlis makan malam Timbalan Perdana Menteri bersama Guru Cemerlang Malaysia
pada 24.11.2009 jam 8.30 Malam.
3. Bayaran menghadiri Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2009 adalah sebanyak
RM 60.00 sahaja.

No comments:

È

blogger templates | Make Money Online