Wednesday, April 23, 2008

V CD CUTTER DAN MEMBINA BLOG

PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN VCD CUTTER DAN MEMBINA BLOG PERSIDANGAN
Pembelajaran menggunakan VCD Cutter telah disampaikan oleh Hj.Rodzli Hashim ,SMK Dato’ Syed Omar dan
Bengkel Membina Blog Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2008 oleh Pn Hjh Saripah Ahmad (SMS MUzaffar Syah Melaka






Tuesday, April 22, 2008

MESYUARAT PENTADBIRAN

MESYUARAT PENTADBIRAN DAN PEMANDUAN GURU CEMERLANG BIL 2/2008
PADA 21 - 24 APRIL 2008
DAN MESYUARAT PENYELARASAN DATA PEMANTAUAN KUALITI GURU CEMERLANG
DI IMPIANA CHERATING - RESORT
PAHANG


Sunday, April 13, 2008

Saturday, April 12, 2008

Format Penulisan Kertas Kerja Untuk Sidang Selari

Panduan Penulisan Artikel Akademik

Kepada Penulis dan Pembentang Kertas Kerja

Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang 2008

1. Sumbangan:

1.1 Artikel yang belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan; dan

1.2 Jika pernah diterbit, nyatakan mode penerbitan, penganjur dan tahun terbitan.

2. Manuskrip:

2.1 Artikel boleh ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan bilangan muka surat ialah antara 10-12 muka surat. (Jangan lebih daripada 12 muka surat)

2.2 Artikel hendaklah dihantar dalam 2 salinan bersama dengan satu salinan disket, ditaip dalam 1.5 spacing menggunakan saiz font Arial 11.

3. Abstrak:

3.1 Setiap manuskrip hendaklah disertakan dengan satu abstrak, ditaip dalam single spacing di atas kertas yang berasingan.

4. Rujukan Buku:

Perkara yang perlu ditulis mengikut susunan:

4.1 Nama pengarang, editor, penyusun atau penyunting atau institusi yang bertanggungjawab.

4.2 Tahun diterbitkan.

4.3 Tajuk dan sub tajuk (hendaklah di “underline” atau “italic”.

4.4 Edisi (sekiranya telah diterbitkan untuk kali kedua dan seterusnya).

4.5 Tempat diterbitkan.

4.6 Penerbit.

a. Satu Pengarang

Berkman, R.I. (1994). Find it fast: how to uncover expert information. New York: Harper Perennial.

Atau
Berkman, R.I. (1994). Find it fast: how to uncover expert information. New York: Harper Perennial.

b. Dua hingga Enam Pengarang (semua nama pengarang hendaklah ditulis).

Guns, B. & Anundsen, K. (1996). The faster learning organization. USA: Pfeiffer & Company.

c. Lebih daripada Enam Pengarang

Jika terdapat lebih daripada enam orang pengarang, tuliskan nama dan initials enam pengarang yang pertama kemudian diikuti dengan abbreviation “et al.” ( dan diikuti dengan tanda nokhtah).

d. Artikel daripada surat khabar (tanpa pengarang).

Meeting the needs of counselors (2002, May 5). The New Straits Times, p.22.

e. Bahan-bahan daripada internet dan sumber-sumber elektronik lain (compact disk products, electronic journals atau internet).

1. Nama pengarang.

2. Tarikh atau tahun diterbitkan.

3. Nama penerbit.

4. Format item.

5. Tarikh item itu diambil.

6. Nama atau alamat tapak web diinternet.

Contoh:
Jacobson, J.W., Mullick, J.A., & Schwartz, A.A. (1995).
A history of facilitated communication: Science, pseudoscience, and antiscience: Science working group on facilitated communication. American Psychologist, 50, 740-756. Retrieved January 25, 2005 from http://www.apa.org/journals/jacobson.html

Sekiranya tidak ada nama pengarang, tajuk akan digunakan sebagai elemen untuk citation;

References. APA style: Quick Guide How to use it. The University of Queensland. Retrieved July 31, 2006 from http://www.library.ug.edu.au/training/citation/apa.html

5. Ilustrasi, Rajah, Gambar dan Graf

Sebarang ilustrasi, rajah dan graf yang digunakan hendaklah dibuat di atas kertas yang berasingan dan dinomborkan secara urutan. Sejauh mana yang boleh, ia haruslah dilukis bagi reproduksi terus ke dalam buku. Semua illustrasi, rajah, gambar dan graf asal yang diberikan adalah dalam hitam-putih sahaja dan akan dicetak dalam hitam-putih juga.

PERSIDANGAN KEBANGSAAN GURU CEMERLANG 2008


Tema

Inovasi Pendidikan Teras Kecemerlangan Berterusan

Tarikh : 7 – 10 Julai 2008

Tempat

Hotel Legacy Melaka

Bilangan Peserta

300 orang Guru Cemerlang (8 buah bas disediakan untuk program luar)

Objektif

Menggalakkan penulisan ilmiah dan budaya penyelidikan dalam kalangan Guru Cemerlang.

Mencetuskan idea baru melalui wacana professional dan pembentangan kertas kerja.

Menjalinkan hubungan silaturrahim di kalangan Guru Cemerlang dengan pegawai Kementerian

Friday, April 11, 2008

PERSIDANGAN GURU CEMERLANG 2008



Persidangan Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan akan diadakan di Melaka dijangka pada 7 Julai .2008 hingga 10 Julai 2008 . Tema yang telah dipilih adalah

INOVASI PENDIDIKAN TERAS KECEMERLANGAN BERTERUSAN

SEMUGA PERSIDANGAN INI AKAN BERJAYA DIADAKAN
È

blogger templates | Make Money Online