Sunday, April 10, 2011

Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011

Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.

Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:


* Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
* Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah Bahagian masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
* Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya pada Khamis, 26 Mei 2011.

Klik Untuk Borang Permohonan

Sunday, April 3, 2011

Mesyuarat Pembinaan Modul Peningkatan Profesionalisme GC 2011

Pada 30 mac - 1 April yang lepas saya telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat yang tersebut diatas di Permaisuri Resort Port Dickson . Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah beberapa orang pegawai dari JNJK, BPG, IPG dan Wakil MGCM. Mesyuarat membincangkan kandungan modul yang sesuai bagi Guru Cemerlang.Seramai 1200 orang GC akan menghadiri Kursus ini dari bulan Mei - Sept 2011 ditempat-tempat yang berlainan. (KEM BTN) Seluruh Malaysia.Antara slot yang akan diberi ialah Modul dari BTN , SKPM (JNJK) SGM (BPG) Mengenal Potensi Diri (IAB). Bagi SLOT MGCM GC akan mendapat input Amalan Terbaik P&P dan Kreaviti dalam P&P . Di sini saya mengambil peluang meminta pendapat semua rakan GC samaada baru atau lama untuk menyatakan apakah input yang sebenar-benarnya diperlukan oleh GC supaya GC dapat berperanan sebagai GC yang berkesan kepada sekolah tempat GC berkerja. Jika ada cadangan sila beri komen disini.
Insyallah saya akan kemukakan di mesyuarat akan datang. Semuga Kursus ini benar-benar memberi input yang berguna kepada semua GC yang terpilih. Sekian

È

blogger templates | Make Money Online