Sunday, June 21, 2009
Mesyuarat Panel Pakar Runding Matapelajaran
Mesyuarat Panel Pakar Runding Matapelajaran Guru Cemerlang Kali ke2 tahun 2009 telah diadakan pada 17 - 19 Jun 2009 di Hotel Putera Palace, Perlis.Dalam mesyuarat ini telah diadakan perbincangan mengenai bahan-bahan berkenaan matapelajaran dan mewujudkan blog panel pakar runding matapelajaran yang akan menyediakan rujukan untuk guru-guru.
MOU Syarikat Penerbitan Pelangi dan GC
Pada 18 hb Jun 2009 bertempat di Hotel Putera Palace , Perlis telah di adakan Majlis menandatangi persefahaman (MOU)diantara Syarikat penerbitan Pelangi dengan Majlis guru Cemerlang Malaysia (MGCM). Dalam majlis tersebut Syarikat Penerbitan Pelangi telah menyerahkan cek bernilai RM 10,000.00 kepada YDP MGCM.Dengan ini telah dipersetujui bahawa syarikat penerbitan pelangi akan meminta kerjasama guru cemerlang dalam proses penyemakan buku-buku penerbitannya.Logo MGCM akan di letakan pada buku-buku yang telah disemak dan dinilai oleh guru cemerlang.Guru-guru Cemerlang yang menjadi penilai akan menerima bayaran yang berasingan dari syarikat tersebut.Di harapkan dengan adanya MOU ini kedua-dua belah pihak akan dapat faedah bersama seterusnya dunia pendidikan akan menerima buku-buku yang berkualiti sebagai rujukan warganya.
Subscribe to:
Posts (Atom)