Tuesday, December 2, 2008

Hilangnya Sebutir Bintang Pada KPM

Meninggal ketika bermain badminton di IAB



Datuk Razali Ismail

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, meninggal dunia selepas rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, petang semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika Razali menyertai permainan badminton bersama peserta Konvensyen Nasional Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta kakitangan institut berkenaan.

Kelmarin, Razali, 59, menutup konvensyen berkenaan dan pagi semalam Allahyarham ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri Konvensyen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebelum ke IAB semula bagi menyertai permainan badminton.

Di Konvensyen Jemaaan Nazir dan Jaminan Kualiti itu masih teringat saya akan dakwahnya yang terakhir kepada peserta persidangan bahawa untuk menjadi pendidik yang berjaya mestilah kita mengamalkan dan mencontohi Rasuluallah tentang bagaimana Rasulallah meangamalkan SIDDIK, AMANAH , TABLIGH dan FATTANAH . Allahyarham juga menyatakan kalau dahalu unggakapan Knowladge is Power sekarang akan menjadi Knowladge Sharing is Power. Dari itu saya menyeru kepada semua Guru Cemerlang agar menjadikan Knowladge Sharing sebagai agenda utama pada tahun 2009 .Dari itu lebarkanlah jaringan ini dengan mengirimkan alamat lamanweb yang telah dibina kepada Admin. Terima Kasih

È

blogger templates | Make Money Online